Friday, November 22, 2013

Ros Reben


Kuntuman rosku makin berkembang, esok lusa nak cipta bunga telur dari ros reben ini.  Tunggu ye, tengah cari  idea.






Sunday, June 23, 2013

Bakul Telur Kasut

Bakul telur kasut dari reben trend pada awal 80'an.  Kini tak pernah pun saya temui pada majlis perkahwinan.  Rata-rata bakul telur terus dibeli siap dari kedai berupa bakul dari kotak.  Zaman dahulu 
bakal pengantin dan keluarga akan beransur-ansur seawal mungkin menyiapkan bakul telur ini.  





Tuesday, June 18, 2013

Sedihnya Tak Dapat 'Doorgift bag'

Saranan kepada Tuan Rumah Majlis Pengantin
Zaman dahulu dapat bunga telur, sekarang 'doorgift bag'



Majlis perkahwinan sekarang begitu gah dan meriah dengan tema warna masing-masing, kalau khemah warna biru maka birulah warna pelamin, biru baju pengantin dan baju ibu bapa pengantin, kadang kala air minuman juga biru.  Segalanya ingin meriah dan gembira dengan menu makanan dan beg untuk tetamu.

Kalau zaman dahulu tetamu akan diberi bunga telur, zaman sekarang tetamu diberikan beg sebagai buah tangan untuk dibawa pulang. Isi di dalamnya kadangkala buah-buahan atau kuih-muih.  Masih ada lagi yang mengisi bunga telur dan ada juga cenderahati berupa mug atau tuala kecil.

Beg untuk tetamu inilah yang ingin saya sentuh, kerana pengalaman saya dan beberapa orang teman-teman yang pernah tidak mendapat beg ini untuk dibawa pulang.  Bukan dalam hati hendak sangat, tetapi rasa terkilan bila lihat orang lain menjinjing beg (doorgift bag) balik dari majlis perkahwinan yang meriah itu sedangkan kita melenggang dan tiba di rumah siap sianak tanya mana beg pengantin tu.  Rata-rata budak budak excited nak tengok isi beg tersebut kalau kalau terdapat jajan yang disukainya.  Kelemahannya petugas petugas yang memberikan beg untuk tetamu tidak cekap dan tidak peka.  Sekiranya beg tersebut diberikan semasa bersalaman dengan tuan rumah, tuan rumah pula sebok bercakap dengan tetamu yang baru tiba, kita yang dah bersalaman dan menghulurkan sumbangan takkanlah nak tunggu dan minta beg tersebut, bukanlah sumbangan kita minta untuk dibalas.

Pernah saya terlihat satu kumpulan tetamu (satu meja) tidak mendapat cenderahati yang diberikan petugas dari meja ke meja, setelah habis makan mereka beredar dan bersalaman dengan tuan rumah, saya lihat tuan rumah tidak pun peka untuk bertanya sama ada mereka mendapat buah tangan atau tidak.  Saranan saya kepada ibu bapa pengantin atau tuan rumah hargailah tetamu anda apabila mereka bersalaman untuk pulang, tanyalah samada mereka mendapat buah tangan atau belum.

Walaupun nampak perkara ini kecil, tetapi kesannya tetamu pulang dengan hati yang tidak ceria dengan mengandaikan tuan rumah  tidak menghargai tetamu.  Sungguhpun tetamu telah dijamu dengan makan kenduri, tidak mengapalah jika tuan rumah  memang tidak menyediakan beg sebagai buah tangan kerana semua tidak mendapatnya, ini yang terkilan orang lain dapat sedangkan kita rasa terpinggir dan jauh hati bila tidak mendapat beg tersebut, walaupun di dalam beg tersebut cumalah segelas plastik air putih dan sebungkus kecil keropok. 

Sekali lagi saya peringatkan kepada setiap tuan rumah apa jua majlis pun, jika ada buah tangan untuk tetamu pastikan semua tetamu mendapatnya agar tiada yang pulang bersedih hati, terutamanya kanak-kanak.


Tentu teringin sekali nak tahu apa isi dalam bag ini dan teringin pula untuk mendapatnya.


Thursday, May 23, 2013

Kita buat coklat pula


Anak anak buat coklat untuk makan makan cuti sekolah 

Gunakan coklat Beryl's milk compound
acuan kesukaan
tambahan krispi / kismis/kacang.
Cairkan coklat teknik double boiler


Coklat yang dah dicairkan masukkan sedikit ke dalam acuan bekukan dalam 2/3 minit dalam peti ais kemudian tambah intinya (krispi/kadang/kismis)
 
Tutup semula dgn coklat hingga penuh, simpan dlm peti ais 

Bila dah keras keluarkan dari acuan

Bungkuslah macam nak jual pula
 
Dah berjaya buat coklat yang simple ni. (Coklat punjut)
Dah lama tak buat busines bunga telur ni, sebab dah asyik buat bunga reben dan sulam reben di blog Roskraf.  Maka blog bunga telur ni sekadar perkongsian idea dan ilmu.  Aku memang jarang update post yang baru tapi iklan yang diberikan nuffnang boleh katakan terus menerus ada, tapi tak ada pelawat yang sudi klik-klik iklan tu, earning aku pun statik tak gerak, adalah dua tiga hengget je. Pelawat boleh tahanlah juga, walaupun tak sampai seratus pelawat sehari.  Sudi2lah ye derma klik klik, bukan bebayar pun tapi dapatlah masyuk cikit tabung nuffnang aku.  Terima kasih pada pelawat yang setia dan yang sudi klik klik iklan tu semoga murah rezeki kamu amin...

Trylah buat coklat tu, anak-anak dan kamu kamu semua tentu suka, nak buat jual pun boleh asalkan rajin.  Aku ni jenis yang tak pandai nak niaga, tambah pula niaga online, mati akal aku, tak terurus dan tak kesempatan nak ngadap laptop ni.  Cukuplah sekadar kongsi idea dan promot hasil krafangan ku dan hobiku.

Selamat berjaya dan jumpa lagi, mmmmm


Saturday, May 18, 2013

Topi sekuntum mawar merah

Selain buat bunga telur. hobiku suka juga mengait.  Dah lama tak mengait, baru-baru terbit pula idea nak mengait topi apabila terlihat topi yang dipakai oleh seorang anak saudara.  Tak pandai pula buat bunga, aku pun belajar daripada satu blog yang aku follow, di situ ada tutorial buat bunga ros.  Terima kasih blog perkongsian ilmu.  Lihatlah hasil topi yang telah aku kait, dua hari baru siap satu.  Simple aje kan, yang manisnya tengok sekuntum bunga ros yang aku baru belajar tu.  Ha berjayapun. Senyum...mmm








Friday, April 19, 2013

Ros dari reben - Beg kosmetik.


Dulu bunga telur dari reben kini make-up pouch hiasan ros reben.  Hasilnya buat aku puas dan tersenyum.  Inilah dia make-up pouch atau apapun kegunaan lain boleh saja.  Ukuran panjang 8.5 inci, tinggi 5.5 inci, lebar tapak 2 inci.







Selamat tersenyum dan tersengih, Ooooooooo.   Harap jumpa lagi dengan artikel baru, bye....


Jum buat bakul telur dari reben - tutorial

Salam sejahtera, sedih rasanya apabila tengok blog ni dah bertahun sepi tanpa artikel yang baru.  Maaflah pada pelawat pelawat yang setia.  Sudah lama saya ingin memaparkan tutorial membuat bakul telur dari riben.  Oleh kerana tak sempat nak sediakan gambar step by step, maka kali ini  baru saya ada kesempatan untuk memaparkan tutorial tersebut  setakat yang termampu.  Harap para peminat kraftangan dapat mengikutinya.




Kita memerlukan reben saiz 1 inci hendaklah dipotong mengikut ukuran yang diberi di bawah ini:

1 - 10" ----- 1 keping (sebagai tangkai bakul)
2 - 7 1/2 " --- 2 keping (sebagai susup keliling bakul)
3 - 7 " --------8 keping ( 4 keping ukt bakul, 4 keping utk penutup di atas)
4 - 2 " -------- 16 keping (dilipat utk susupan)
 Jumlah keseluruhan potongan reben ialah 27 keping.



























Pertama:

Reben ukuran pjg 2 inci lipat kiri/kanan
untuk susupan pada setiap lapan keping reben
ukuran 7 inci.









Kedua:
Reben ukuran pjg 7  inci dilipat kedua-dua hujung dengan ukutan 1 inci juga












Ketiga:

Sarungkan begini.











Keempat:
Masukan hujung lipatan.












Kelima:
Tarik perlahan bahagian reben yg panjang dan kemaskan seperti ini. Matikan lipatan supaya kemas dan ketat.












Keenam:
Ulang lagi dengan lipatan yang sama di hujung sebelah pula,












Ketujuh:

Gambar ini kelihatan 4 keping yang telah siap dilipat.
Semua yang diperlukan kan ada lapan keping,  Empat untuk bakul di bawah dan empat untuk penutup di atas,






Ambil reben yang berukuran 7.5 inci dan sarung empat keping yang telah siap dilipat seperti di atas.



Susup hujung yg sebelah lagi mengikut turutan.

Susup bahagian hujung yang akhir sorok di dalam dan gam dgn gam uhu, kemaskan mengikut kemahiran anda.


Hasilnya dua mangkuk yang begini. Gambar di atas kelihatan bahagian penutup rendah sedikit.  Anda boleh kurangkan ukuran yang empat keping untuk penutupnya.


0
Reben ukuran 10 inci sarungkan mula dari atas penutup bakul.


Susup dicelah kiri/kanan bakul bahagian bawah, stapler/gam kedua2 bahagian dengan kemas.  Anda boleh juga menggunakan ukuran reben yang lebih panjang lagi terus hingga ke bawah bakul dan hanya gam saja bahagian bawah.  Tangkai yang saya buat ini jimat sikit,








Bolehlah dihias mengikut kreativiti anda.


Semoga tutorial ini dapat difahami,  Selamat mencuba dan selamat berjaya.  Harap jumpa lagi pada post akan datang.  Jemputlah ke blog Roskraf , di sana pun saya paparkan hasil kraftangan dan hobi pada reben. Sudi sudilah klik2 benda yg menari2 kat atas atau mana2 tu. T.kasih