Tuesday, June 7, 2011

Ha ha ha...bunga orkid pun ada

Salah satu rumpun orkid di batang pokok mati
Menanam orkid bukanlah susah sangat, sebenarnya senang, tak payah tanah, tak payah pasu, ikat-ikat aje pada kayu buruk atau sabut.  Maksud saya orkid 'dancing lady'.  Sebab orkid tulah yang mudah, banyak keliling rumah saya, kalau ada masa saya jagalah, kekadang tu terbiar kering, tapi tak lah mati, bertahan juga, sebab saya tempatkan dia di bawah pokok, kekadang tu semua berbunga meriahlah keliling rumah dengan warna kuning berdansa ditiup angin (nama pun dancing lady). Spesis orkid ni suka di bawah pokok atau teduhan yang berangin dan sejuk.  Bila dah sesuai tempatnya maka suburlah, bajalah sekali sekala, nama pun sambil-sambil je sebab tak ada masa tapi teringin nak bunga cantik.  Kalau tempat panas hidup juga tapi kuruslah kerana  kekurangan air sebab akarnya yang terdedah pada cahaya matahari.  Bila tergantung bawah pokok,  tepi pagar. macam terbiar je tapi ada juga yang berkenan nak beli maka saya pun jual murah2 je. Kan saya kata orkid 'dancing lady' ni senang nak tanam, masa musim panas barulah saya kerap menyiramnya.

No comments:

Post a Comment