Thursday, May 26, 2011

Dari KL-Kuching Sarawak.

Waterfront Kuching, semua  ceria dan lega lepas makan tengahari.
LCCT KUL 11.00pg 6 Mei 2011
6 Mei 2011, Alhamdulillah, kami dah berjaya membawa anak-anak terbang dengan Airasia menjejakkan kaki di bumi Sarawak.  Walaupun agak kelamkabut sedikit di airport (LCCT KUL), maklumlah pertama kali kami menguruskan perjalanan sendirian namun segalanya berjalan lancar dan selamat sampai ke destinasi.  Penerbangan 11.45 pagi dan sampai di Kuching 1.40 tgh.  Anak2 begitu excited.  Esok 7 Mei 2011 bermulalah perjalanan kami yang singkat, kemana ya?

Wednesday, May 25, 2011

Bilik Penawar

Bilik Penawar? apa dia bilik tu? Bilik Penawar adalah bilik untuk rawatan kemoterafi.  Kemoterafi yang telah saya ceritakan sebelum ini.  Bilik ini terdapat di Klinik Onkologi HKL.  Di sinilah aku menerima rawatan selanjutnya selepas menjalani pembedahan payudara.  Aku kenalah datang awal pagi agar dapat rawatan awal kerana katil yang disediakan terhad lebih kurang 8 - 10 orang saja.  Rawatan ini adalan rawatan harian.  Ubat dimasukkan melalui salur darah, memerlukan masa 2-3 jam.  Begitulah aku ulangi setiap 3 minggu sekali, untuk enam pusingan kemoterafi.  Jururawat di sini begitu profesional dan perihatin dengan keadaan pesakit yang kebanyakan pening lalat dan lemah setelah mengalami alahan kemoterafi.  Para doktor yang bertugas juga begitu perihatin, sedia mendengar segala keluhan dan masalah yang dihadapi pesakit yang telah melalui rawatan kemoterafi.  Terima kasih ku ucapkan kepada para doktor dan jururawat yang bertugas.  Selama lebih kurang 4 bulan aku berjaya menghabiskan 6 pusingan kemoterafi di sini. Alhamdulillah.  Itu empat tahun yang lalu, kini aku masih berulang ke Jabatan Onkologi HKL untuk 6 bulan sekali hanya rawatan susulan di bilik doktor.  Sewaktu aku menunggu giliran bertemu doktor aku masih dapat melihat Bilik Penawar yang penuh kenangan, ingin menjenguk ke dalam tapi rasa sedih pula melihat keadaan pesakit, samalah seperti aku dulu.  Setahun selepas habis rawatan kemo aku ada menjenguk ke Bilik Penawar ini menghulurkan buah tangan (jajan) untuk para jururawat yang bertugas.  Jasabaik mereka tetap ku kenang sepanjang hayat semoga mereka diberi kesejahteraan sihat walafiat kerana mereka telah diberi tugas mulia memberi rawatan kepada pesakit yang amat memerlukan.  Rasa ingin pula aku menjenguk lagi ke Bilik Penawar ini, tapi bila ye?
Sekarang ni aku sedang menyiapkan projek bakul telur dan bunga telur untuk seseorang.  Bakul telur dari riben, nanti aku update pada artikel akan datang .  Jumpa lagi...