Sunday, April 17, 2011

Terciptanya idea bunga-bungaku

Bermulanya idea mencipa bunga telur ini sewaktu aku menjalani rawatan penyakit kanser payu dara.  Rawatan yang aku terima memerlukan aku diberi cuti rawatan yang lama.  Selepas pembedahan, aku menjalani rawatan kemoterafi. Kemoterafi ialah rawatan kimia bertindak membunuh sel-sel kanser yang masih ada dalam tubuh.  Kesan kemo ini ada yang mengalami alahan yang teruk dan  ada yang sedikit.  Kesan yang aku alami badan terlalu lemah kerana tidak lalu makan,  Rasa mual tidak memungkin aku menjamah makanan.  Kalau dipaksa juga akan keluar semula, maka muntahlah pagi petang dan malam sehingga tiada apa lagi yang keluar.  Selama lapan bulan cuti bergaji, rawatan ku selesai iaitu 6 pusingan kemoterafi.  Setiap pusingan tiga minggu sekali.  .  Selama rawatan ini kadangkala ada waktu aku rasa sihat dan waktu yang terluang ini  terbitlah idea mencipa bunga telur/bunga hiasan dulang, roset /bunga dada, satu di antaranya seperti yang terpapar.  Post yang akan datang saya akan ceritakan pengalaman bersama Doktor-Doktor Pakar, wad pembedahan dan wad rawatan kemoterafi. .Wahai teman teman diluar sana dapatkan rawatan awal, sebelum terlambat.  Insyallah jumpa lagi 

No comments:

Post a Comment