Monday, December 5, 2011

Tradisi Bunga Telur Tidak Akan Ditelan Zaman

Bunga telur salah satu tradisi orang Melayu.  Bunga telur disediakan dalam apajua majlis terutama majlis perkahwinan.  Kini trend telah berubah dengan lebih menarik dan mewah.  Kita dapati majlis perkahwinan sekarang ini meriah dengan tetamu membawa pulang buah tangan dari keluarga pengantin berupa beg yang berbagai bentuk, di dalamnya terdapat beberapa jenis kueh, buah atau gula-gula juga masih ada dibekalkan bunga telur atau bakul kecil berisi telur.  Bunga telur tetap menyerikan majlis marhaban/ cukur jambul /majlis berkhatan dan majlis khatam qur'an.  Apapun bunga telur tidak akan ditelan zaman,  masih ada permintaan dengan persembahan yang baru dan menarik.  Terdapat di antaranya bunga telur kristal, bunga telur stokin, bunga telur satin, bunga telur riben, bunga telur dip dan bermacam-macam lagi.  Teratak bunga telur kali ini berupa bunga telur yang dihasilkan dari riben satin dan organza. 




Thursday, October 27, 2011

Mawar Cinta Untukmu

Mawar Cinta
Bunga telur kali ini bertema ungu, masih bermotifkan ros dari riben organza. Untuk mereka yang sedang mencari idea, selamat mencuba.
Bunga Dada/roset

Ros merah  dari riben organza untuk bunga dada/roset, boleh juga diselitkan wang rm1 dilipat serong seperti kipas tampak seperti daun.


Tuesday, October 18, 2011

Mawar Mewah

Teratak Bunga Telur kali ini mekar dengan tiga kuntum mawar .  Tiga kuntum untuk sejambak bunga telur gantung atau potpuri.  Masih bermotifkan ros dari riben organza dengan tema merah jambu.

Tuesday, September 20, 2011

Koleksi Ciptaanku

 Dah lama tak update, aku seakan terlupa dengan teratak bunga telur ni, walau apa pun inilah diantara koleksi bunga telur ciptaanku.  Bunga telur ni telah pun ku buat untuk majlis  yang lepas.
Pertama kali menggabungkan warna emas dan ungu ok juga.
Warna merah menyerlah 
Tiga kuntum ros dicantum untuk setangkai bunga telur

Monday, July 18, 2011

Anggur Dari Bebola Coklat

Kita memerlukan sebungkus/sebalang (lebihkurang 200 biji) bebola coklat emas, plastik pembungkus warna hijau/merah, dawai untuk tangkai, pelilit hijau dan daun anggur tiruan.  Bungkus kesemua coklat ikat pada dawai jadikan tangkai kecil, setelah siap, cantumkan kesemua menjadi sejambak anggur mengikut kreativiti anda.  Boleh dijadikan gubahan hantaran. Selamat mencuba.







Bebola coklat emas

Balut warna merah/hijau
Jadikan tangkai kecil


Friday, July 8, 2011

Ros Merah Jambu

Pandangan dari sisi
Pandangan dari atas
Kali ini bunga telur/pahar jenis tangkai tema merah jambu/pink. Dari riben organza dan satin.  Simple tapi menawan, sesiapa yang pandai buat ros tu bolehlah cipta bermacam-macam cara, untuk lebih mewah tambah manik jurai atau manik goyang ikut citarasa masing-masing.  Bunga ini saya ciptakan atas tempahan seseorang yang mahukan budget rendah kerana inginkan jumlah bunga telur yang banyak supaya semua tetamu dapat bunga telur handmade ini. Ok nanti saya updatekan bunga yang baru pula. Tunggu ye..

Wednesday, June 15, 2011

Bunga Dada - sweet bergaya

Pada sebarang majlis tentu sekali kita perlukan pembantu untuk melaksanakan sesuatu tugasan.  Sebagai menyerahkan tugas tersebut tentulah manis memberikan bunga dada atau roset.  Kekadang tu diselitkan wang  kerta rm1 atau rm2, terpulang pada kemampuan dan kehendak tuan rumah.  Para petugas tentu berbesar hati menerima roset atau bunga dada ini.  Di sini saya paparkan dua kuntum contoh, sesiapa yang berminat untuk tempahan boleh hubungi saya 013-2549702, mengikut tema warna yang dikehendaki.

Ros dari riben organza RM1.30 
Ros dari riben satin RM1.20

Thursday, June 9, 2011

Bakul Telur Dari Riben

Harga RM1.30 satu 
Ini dia bakul telur dari riben, dipanggil bakul telur siar, kerana berbentuk seperti mangkuk tingkat siar.  Boleh dibuka dengan menolak penutupnya ke atas sahaja. Boleh diisi telur untuk para tetamu, isi bunga rampai atau potpuri pun boleh. Sekarang ni saya sedang menyiapkan 500 bakul untuk majlis perkahwinan seseorang pada Sept.2011.  Cara membuatnya amat mudah. Hiasan ikut suka hatilah, kalau kreatif bolehlah tambah manik atau bunga, tak ada pun tambah satu saja pada penutup bakul sudah memadai.   Sesiapa berminat untuk tempahan sila hubungi 013-2549702. Artikel akan datang saya akan tunjukkan cara membuatnya, sekarang ni tak ada gambar nak tunjuk  step by step. Ok tunggu ya.

Tuesday, June 7, 2011

Ha ha ha...bunga orkid pun ada

Salah satu rumpun orkid di batang pokok mati
Menanam orkid bukanlah susah sangat, sebenarnya senang, tak payah tanah, tak payah pasu, ikat-ikat aje pada kayu buruk atau sabut.  Maksud saya orkid 'dancing lady'.  Sebab orkid tulah yang mudah, banyak keliling rumah saya, kalau ada masa saya jagalah, kekadang tu terbiar kering, tapi tak lah mati, bertahan juga, sebab saya tempatkan dia di bawah pokok, kekadang tu semua berbunga meriahlah keliling rumah dengan warna kuning berdansa ditiup angin (nama pun dancing lady). Spesis orkid ni suka di bawah pokok atau teduhan yang berangin dan sejuk.  Bila dah sesuai tempatnya maka suburlah, bajalah sekali sekala, nama pun sambil-sambil je sebab tak ada masa tapi teringin nak bunga cantik.  Kalau tempat panas hidup juga tapi kuruslah kerana  kekurangan air sebab akarnya yang terdedah pada cahaya matahari.  Bila tergantung bawah pokok,  tepi pagar. macam terbiar je tapi ada juga yang berkenan nak beli maka saya pun jual murah2 je. Kan saya kata orkid 'dancing lady' ni senang nak tanam, masa musim panas barulah saya kerap menyiramnya.

Thursday, May 26, 2011

Dari KL-Kuching Sarawak.

Waterfront Kuching, semua  ceria dan lega lepas makan tengahari.
LCCT KUL 11.00pg 6 Mei 2011
6 Mei 2011, Alhamdulillah, kami dah berjaya membawa anak-anak terbang dengan Airasia menjejakkan kaki di bumi Sarawak.  Walaupun agak kelamkabut sedikit di airport (LCCT KUL), maklumlah pertama kali kami menguruskan perjalanan sendirian namun segalanya berjalan lancar dan selamat sampai ke destinasi.  Penerbangan 11.45 pagi dan sampai di Kuching 1.40 tgh.  Anak2 begitu excited.  Esok 7 Mei 2011 bermulalah perjalanan kami yang singkat, kemana ya?

Wednesday, May 25, 2011

Bilik Penawar

Bilik Penawar? apa dia bilik tu? Bilik Penawar adalah bilik untuk rawatan kemoterafi.  Kemoterafi yang telah saya ceritakan sebelum ini.  Bilik ini terdapat di Klinik Onkologi HKL.  Di sinilah aku menerima rawatan selanjutnya selepas menjalani pembedahan payudara.  Aku kenalah datang awal pagi agar dapat rawatan awal kerana katil yang disediakan terhad lebih kurang 8 - 10 orang saja.  Rawatan ini adalan rawatan harian.  Ubat dimasukkan melalui salur darah, memerlukan masa 2-3 jam.  Begitulah aku ulangi setiap 3 minggu sekali, untuk enam pusingan kemoterafi.  Jururawat di sini begitu profesional dan perihatin dengan keadaan pesakit yang kebanyakan pening lalat dan lemah setelah mengalami alahan kemoterafi.  Para doktor yang bertugas juga begitu perihatin, sedia mendengar segala keluhan dan masalah yang dihadapi pesakit yang telah melalui rawatan kemoterafi.  Terima kasih ku ucapkan kepada para doktor dan jururawat yang bertugas.  Selama lebih kurang 4 bulan aku berjaya menghabiskan 6 pusingan kemoterafi di sini. Alhamdulillah.  Itu empat tahun yang lalu, kini aku masih berulang ke Jabatan Onkologi HKL untuk 6 bulan sekali hanya rawatan susulan di bilik doktor.  Sewaktu aku menunggu giliran bertemu doktor aku masih dapat melihat Bilik Penawar yang penuh kenangan, ingin menjenguk ke dalam tapi rasa sedih pula melihat keadaan pesakit, samalah seperti aku dulu.  Setahun selepas habis rawatan kemo aku ada menjenguk ke Bilik Penawar ini menghulurkan buah tangan (jajan) untuk para jururawat yang bertugas.  Jasabaik mereka tetap ku kenang sepanjang hayat semoga mereka diberi kesejahteraan sihat walafiat kerana mereka telah diberi tugas mulia memberi rawatan kepada pesakit yang amat memerlukan.  Rasa ingin pula aku menjenguk lagi ke Bilik Penawar ini, tapi bila ye?
Sekarang ni aku sedang menyiapkan projek bakul telur dan bunga telur untuk seseorang.  Bakul telur dari riben, nanti aku update pada artikel akan datang .  Jumpa lagi...

Wednesday, April 27, 2011

Ini warna oren pula

Bunga telur ini masih bermotifkan bunga ros. Warna tema oren.  Sesiapa berkenan meh contact saya, nak belajar atau nak oder pun boleh.  Simple je kan, kos pun murah, bolehlah jimat budget.

Tuesday, April 19, 2011

Sampai juga hajatku bawa anak naik kapal terbang

Alhamadullilah sampai juga hajat aku nak bawa anak naik kapalterbang.  Tak kisahlah walaupun dalam negara saja.  Ya kami adik beradik membawa anak memasing untuk destinasi ke Sarawak.  Tentulah tambang murah Airasia.  Dah lama nak booking tapi tak dapat2, dah penuh saja.  Ini lah baru dapat.  6 Mei 2011 kami bertolak cuma untuk dua malam, 8 Mei 2011 kembali.  Bimbang nak lama-lama takut tak kecukupan bajet.  Ini kali pertama aku dan adik menguruskan perjalanan jauh (jauhlah jugak seberang laut).  Kami dah tempah penginapan di homestay  kerana kami membawa anak-anak yang masih sekolah dan kecil2, disamping tu jimatlah sikit.  Aku nak alami pula bagaimana menginap di homestay, selalu kan menginap di hotel.  Inilah peluang aku membawa anak bercuti, sebelum ini aku tak dapat merancang untuk bercuti memandang beberapa tahun lepas aku menjalani rawatan kesihatan dan bercuti sakit yang agak lama.  Aku pun menabunglah sikit-sikit untuk persediaan ini.  Semoga perjalanan kami berjalan lancar, selamat pergi dan selamat kembali. Insyallah, Amin..

Sunday, April 17, 2011

Terciptanya idea bunga-bungaku

Bermulanya idea mencipa bunga telur ini sewaktu aku menjalani rawatan penyakit kanser payu dara.  Rawatan yang aku terima memerlukan aku diberi cuti rawatan yang lama.  Selepas pembedahan, aku menjalani rawatan kemoterafi. Kemoterafi ialah rawatan kimia bertindak membunuh sel-sel kanser yang masih ada dalam tubuh.  Kesan kemo ini ada yang mengalami alahan yang teruk dan  ada yang sedikit.  Kesan yang aku alami badan terlalu lemah kerana tidak lalu makan,  Rasa mual tidak memungkin aku menjamah makanan.  Kalau dipaksa juga akan keluar semula, maka muntahlah pagi petang dan malam sehingga tiada apa lagi yang keluar.  Selama lapan bulan cuti bergaji, rawatan ku selesai iaitu 6 pusingan kemoterafi.  Setiap pusingan tiga minggu sekali.  .  Selama rawatan ini kadangkala ada waktu aku rasa sihat dan waktu yang terluang ini  terbitlah idea mencipa bunga telur/bunga hiasan dulang, roset /bunga dada, satu di antaranya seperti yang terpapar.  Post yang akan datang saya akan ceritakan pengalaman bersama Doktor-Doktor Pakar, wad pembedahan dan wad rawatan kemoterafi. .Wahai teman teman diluar sana dapatkan rawatan awal, sebelum terlambat.  Insyallah jumpa lagi 

Wednesday, March 16, 2011

Mawar biru

Untuk majlis bertema biru, ini dia mawar baru dari riben organza (handmade).  Boleh ditambah empat atau lima kuntum untuk hiasan dulang hantaran atau back drop.

Monday, February 28, 2011

Bunga telur rose organza

Bunga telur bermotifkan rose dari riben organza.  Bunga telur gantung cinta hati.