Wednesday, January 14, 2015

Gubahan Hantaran

Gubahan hantaran anggur dari bebola coklat ini istimewa untuk anak saudara saya di majlis pertunangannya pada 21.12.2014 yang lalu.  











Sunday, November 9, 2014

Kotak Brooch berhias bunga reben

Sekiranya anda sedang memikirkan cenderahati yang bakal diberikan pada para tetamu yang akan hadir pada majlis perkahwinan nanti, kotak brooch berhias bunga reben ini boleh juga dijadikan cenderahati.  Boleh juga diisikan telur atau potpuri yang dibungkus dengan kain net terlebih dahulu.    Kotak comel ini akhirnya boleh digunakan oleh tetamu anda untuk menyimpan brooch yang comel comel tu.  




Berukuran lebih kurang 3.5" pjg x 2.5" lebar



Saturday, September 6, 2014

Sekuntum Mawar Untuk Tetamu


Untuk peminat bunga reben, kali ini saya paparkan setangkai bunga telur dengan kuntuman mawar dari reben.  Hasil seni 'folded rose' atau ros lipat menggunakan reben saiz 1" sepanjang 36 inci.  Memerlukan latihan berulang kali untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.  


Hiasan yang simple, mudah.



 Pandangan dari sisi.



Pandangan dari atas.



Wednesday, May 7, 2014

Brooch Dari Reben

Brooch dari reben boleh digunakan untuk pelbagai hiasan.  Boleh juga dihias dengan butang kristal atau manik.







Thursday, February 13, 2014

Bakul Telur Kasut - Tutorial


Salam sejahtera pada pelawat setiaku.  Kali ini saya paparkan tutorial bagaimana nak buat bakul telur reben berbentuk kasut.  Lihat saja gambar yang saya paparkan, tentu anda sekelian boleh membuatnya sebagai menambah koleksi ciptaan bakul telur. 



Potong 2 kpg reben saiz 1 1/2 inci sepanjang 10 inci/25 cm.  Lipat dua dan gunting 4 bhg spt gambar.


Anyam seperti buat bakul telur ikan.



Potong reben pjg 9 inci dan lebar suku inci sebagai tangkai dan ketip pd bhg hadapan dahulu.


 Pusing ke belakang dan ketipkan

 Bulatkan bhg belakang dan ketip tangkai bhg belakang pula,  Hias dgn reben atau bunga kecil.






 Boleh juga di isi potpuri atau tuala kecil sebagai buah tangan para tetamu.


Saya harap anda dapat membuatnya. Memang mudahkan.  Kos pun murah.  Handmade lebih memuaskan hati.  Insyallah jumpa lagi dengan idea baru.  Selamat menganyam reben.


Friday, November 22, 2013

Ros Reben


Kuntuman rosku makin berkembang, esok lusa nak cipta bunga telur dari ros reben ini.  Tunggu ye, tengah cari  idea.






Sunday, June 23, 2013

Bakul Telur Kasut

Bakul telur kasut dari reben trend pada awal 80'an.  Kini tak pernah pun saya temui pada majlis perkahwinan.  Rata-rata bakul telur terus dibeli siap dari kedai berupa bakul dari kotak.  Zaman dahulu 
bakal pengantin dan keluarga akan beransur-ansur seawal mungkin menyiapkan bakul telur ini.